Featured, Internet, Tech

Nak Positif Vibe? Meh Baca 5 E-Books Positif di Smartphone Anda!

Hai guys, anda minat membaca? suka gunakan masa terluang dengan membaca walau di mana sahaja anda berada?

Di sini admin berkongsi tentang buku-buku yang anda boleh baca secara percuma di Google Play Store anda!

Mudah, ringkas dan padat bukan?

Anda tak perlu lagi membawa buku yang besar dan berat di tangan anda, cukup hanya menggunakan telefon pintar milik anda sahaja!

Okay ini adalah 5 jenis buku-buku yang berinspirasikan tentang positif vibe khas untuk anda!

Positive Thinking: How To Change Your Life With The Power of Positive Thinking

Buku yang di tulis oleh Philip Andrew ini akan memberikan anda ilmu-ilmu serta tip-tip untuk menjadi seorang yang bersikap positif dan dalam masa yang sama membentuk daya pemikiran yang sihat.

Foto: Google App Store

7 Keys To a Positive Personality: How To Develop a More Positive Personality

Buku yang di tulis oleh penulis yang sama seperti e-books di atas iaitu Philip Andrew. Buku ini memfokuskan tentang tujuh kunci utama dalam membentuk personaliti yang positif! Bukan calang-calang penulis yang dapat menghasilkan buku berbentuk ilmiah dan memberi inspirasi kepada pembaca. Jadi jangan lepaskan peluang untuk membaca e-books ini di Google App Store anda!

Foto: Google App Store

7 Leadership Qualities of Great Leaders What Makes A Great Leader

Sebenarnya banyak hasil penulisan oleh Philip Andrew ni. Kalau anda taip namanya di Google App Store, pasti keluar banyak hasil penulisan oleh beliau ini. Dan ini adalah salah satu buku dari beliau iaitu 7 kualiti kepimpinan oleh pemimpin dan apa yang membuatkan para pemimpin ni seorang ketua dan pemimpin yang hebat?! Nak tahu apa 7 kualiti itu, anda kena baca sendiri okay.

Foto: Google App Store

101 Positive Thoughts of Happiness: Your Happiness is within you. Never seek your happiness anywhere

Buku yang di tulis oleh Birister Sharma merupakan graduan Komunikasi dan Media (Kewartawanan), beliau kini merupakan freelance journalist dan telah banyak menghasilkan penulisan berunsurkan pemikiran positif, motivasi, novel dan pelbagai genre buku yang lain. Dan ini merupakan salah satu hasil tangan beliau, 101 pemikiran positif yang bahagia!

Foto: Google App Store

101 Positive Thoughts For Your Soul: Change your ways of life

E-books yang di tulis oleh penulis yang sama iaitu Birister Sharma. Penuhkan jiwa anda dengan kata-kata motivasi!

Foto: Google App Store