Featured, Gadget, Gaming, Internet, Tech

Nintendo Bekerjasama Dengan YouTube? Betul Ke Ni?

Nintendo bakal bekerjasama dengan YouTube?

Foto: Game Rant

Ada ura-ura menyatakan YouTube bakal memasuki Nintendo eShop! Wow, jika betul pasti berduyun-duyun orang menyerbu Nintendo Switch selepas ni!

Seperti yang anda sedia maklum aplikasi video streaming di konsol Nintendo Switch hanya terhad kepada Hulu dan Niconico sahaja.

Foto: IGN Entertainment

Tetapi jika kerjasama diantara YouTube ini benar-benar berlaku, pasti lebih ramai die hard fan Nintendo tidak sabar-sabar untuk membeli Nintendo Switch !

Berita ini masih belum ada kesahihannya lagi, cuma ada beberapa ahli daripada forum ResetEra yang menjumpai logo dan rekomendasi pencarian YouTube ketika mencari game di website Nintendo!

Wah, seolah-olah YouTube dan Nintendo bakal melakukan kerjasama! Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat sahaja okay!

Oh ya, sedikit informasi tentang Nintendo Switch ini. Konsol Nintendo Switch ni telah memasuki aplikasi Hulu pada November tahun lepas. Manakala bagi aplikasi Niconico pula hanya untuk pengguna Nintendo Switch di Jepun sahaja tau!