Featured, Automotif, Inovasi, Luar Negara, Tech

5 Jet Pejuang Dengan Harga ‘Maut’!

Masa kecil-kecil dulu anda pernah tak main mainan jet pejuang? kereta kebal? kereta peluru berpandu? Pernah tak?

Tu baru versi mainan punya kan! Harga mainan tu pun boleh tahan la juga kan. Tapi yang admin nak bagitahu ni versi real punya! Agak-agak berapa harga sebenar jet-jet pejuang ni ya?

Kalau nak tahu, kena baca artikel ni sampai habis okay?

Berikut adalah senarai 5 jet pejuang dengan harga ‘maut’ mereka!

F/A-18 Hornet RM394 Juta

Foto: The Aviationist

Untuk makluman anda semua, jet pejuang F/A-18 Hornet ini sebenarnya merupakan jet pejuang pertama Amerika Syarikat tau! Jet ini berharga US$94 Million atau RM394 juta!

Jet pejuang ni mempunyai keupayaan menyerang musuhnya sama ada di udara dan di darat! Jet pejuang F/A-18 Hornet ini boleh mencapai tahap kelajuan 1.8 Mach atau 1,190 mph pada paras ketinggian 40,000 ft sambil membawa bom dan peluru berpandunya!

EA-18G Growler RM428 Juta

Foto: United States Naval Academy (USNA)

Jet pejuang EA-18G Growler yang berharga US$102 atau RM428 juta ini lebih canggih daripada jet Super Hornet di atas tu! Sebab apa, jet pejuang EA-18G Growler ini telah dilengkapi dengan segala kebolehan jet pejuang Hornet ni!

Cuma yang berbeza sedikit adalah jet EA-18G Growler ini lebih ringan dan kurung agresif untuk perjalanan udara. Selain itu, jet ini juga dilengkapi dengan peralatan jamming radar yang boleh mengganggu sistem pengesan radar pihak musuh dan menggangu sistem komunikasi musuh mereka dengan mudah!

V-22 Osprey RM495 Juta

Foto: CNN Security Clearance

Jet pejuang ini berharga US$118 Million atau RM495 Juta. Untuk jet pejuang V-22 Osprey ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri tau! Nampakkan di kiri dan kanan di bahagian sayap jet di dalam gambar tu?

Rekaan pada bahagian kiri dan kanan sayapnya itu menggunakan teknologi tiltrotor yang mampu berfungsi sebagai kapal terbang dan juga helikopter!

F-35 Lighting II RM511 Juta

Foto: Boombastis

Harga jet ini pula berharga US$122 Million atau RM511 juta tau! F-35 Lighting II ini menggunakan satu enjin, satu seat tempat duduk, dan jet yang mempunyai daya tahan dalam apa jua situasi dan cuaca!

Jet ini merupakan jet pemusnah dengan tahap kelajuannya yang cukup laju dalam kombat serangan udara! Jangan main-main!

E-2D Advanced Hawkeye RM973 Juta

Foto: Commander United States Pacific Fleet

The Advanced Hawkeye ini berharga US$232 Million atau RM973 Juta ini dilengkapi dengan top class radar dan alat komunikasi yang telah diperbaharui! Malah ia juga mempunyai keupayaan membawa muatan dalam apa jua situasi dan cuaca! Serta ia juga dilengkapi dengan sistem penggera amaran yang canggih atau di kenali sebagai Airborne Early Warning (AEW).

Untuk pengetahuan anda, ada beberapa negara yang memiliki Advanced Hawkeye ni! Nak tahu tak negara mana yang mampu beli kapal pejuang canggih ini adalah Taiwan, Singapura, Mexico, Jepun, Israel, France dan juga Egypt!

Daripada harga paling murah sehingga yang mahal berserta sedikit maklumat mengenai jet tersebut! Mana tidaknya, kos untuk penghasilan sebuah jet yang mempunyai pelbagai kelengkapan yang canggih pastinya menelan belanja yang sangat banyak betul tak?