Featured, Automotif, Inovasi, Luar Negara, Tech

Intip Sejarah Industri Teknologi Pembuatan Berjenama Terkemuka Hitachi Ini!

Hitachi merupakan satu nama yang tidak asing di dunia teknologi pembuatan berjenama sendiri. Malah ia sebuah jenama yang terkenal di serata dunia!

Mana tidaknya penghasilan produk yang syarikat Hitachi telah pasarkan menunjukkan bahawa teknologi yang dimiliki begitu advance dan sophiscated!

Dan menjadikannya Hitachi salah satu nama terkuat dan tertua di dalam industri evolusi teknologi pembuatan di Jepun mahu pun di rantau asia sendiri.

Hitachi, Ltd telah dibangunkan oleh Namihei Odaira pada tahun 1910. Beliau merupakan seorang jurutera elektrikal semasa perkembangan dunia teknologi elektrik di pertengahan zaman Meiji Era.

“Menghasilkan mesin elektrikal dengan menggunakan bahan pembuatan dan kemampuan teknologi kita sendiri, akan membuatkan industri di Jepun berjaya dan maju kehadapan”

– ujar Namihei Odaira

Dan menerusi dari moto pengasas Hitachi, Namihei Odaira. Hitachi menjadi salah satu penyumbang terbesar dunia teknologi dari aspek

Foto: Hitachi
Foto: Hitachi

pembuatan seperti elevator, eskalator, lokomotif, automotif, penciptaan plantar kawalan tenaga penjana air saluran Kanamachi di Tokyo yang menyalurkan air ke kawasan timur Tokyo.

Foto; Hitachi
Foto: Hitachi
Foto: Hitachi

Dan Banyak lagi sumbangan produk pembuatan dengan jenama sendiri yang telah Hitachi sumbangkan di dalam industri di Jepun dan sekaligus menunjukan, masyarakat Jepun mampu tembusi market pasaran teknologi pembuatan dengan produk jenama sendiri dan kemahiran original!

Foto: Hitachi
Foto: Hitachi

Oleh itu, rakyat Malaysia harus mula berfikiran kehadapan dan mengembangkan serta mendalami ilmu pembuatan produk terutama dari

aspek teknologi agar kita tidak jauh ketinggalan dari negara-negara kelas pertama! Di Malaysia, teknologi dan kemahiran pembuatan barangan sendiri masih belum kukuh.

Masih banyak yang perlu di naiktaraf, dipelajari dan berani untuk keluar dari takuk yang lama dan melawan market pembuatan barangan yang terkenal!

Malaysia harus belajar bagaimana industri pembuatan teknologi yang telah mengeluarkan barangan atau produk sendiri seperti Hitachi ini terus maju dan semakin berkembang pesat.

Admin yakin, rakyat Malaysia mampu mengeluarkan hasil produk keluaran sendiri yang terbaik serta mutu dan kemahiran yang berkualiti tinggi seperti mana rakyat negara kelas pertama lakukan.