Tech

Razer Phone 2 Bakal Keluar Di Pasaran Malaysia?

Menurut jemputan media daripada Razer yang di petik daripada Lowyat.Net, syarikat berkenaan akan melancarkan telefon bimbit Razer Phone 2 di Malaysia pada 15 Januari 2019 ini.

Foto: RAZER

Meskipun tarikh pelancaran telefon berkenaan telah di keluar tetapi ia tidak bermakna telefon bimbit Razer Phone 2 ini akan keluar di pasaran Malaysia pada hari yang sama.

Foto: RAZER

Razer Phone 2 ini di perkasa dengan penggunaan Qualcomm Snapdragon 845 beserta di lengkapi dengan 5.72 inci paparan skrin QHD IGZO 120Hz yang pad. Di samping itu, Razer Phone 2 ini di reka dengan 8GB RAM dengan jumlah kapasiti simpanan dalaman sebanyak 64GB.

Foto: RAZER (Gambar yang di ambil menggunakan kamera Razer Phone 2)

Menariknya kamera di bahagian belakang telefon bimbit ini di datangi dengan 12MP f/1.75 bagi kamera wide-angle dan 12MP f/2.6 untuk kamera telefoto. Manakala bagi kamera hadapan telefon bimbit di lengkapi dengan 8MP f/2.0 kamera.

Foto: RAZER (Gambar yang di ambil menggunakan kamera Razer Phone 2)

Tambahan lagi, speaker telefon Razer Phone 2 ini di sokong oleh perisian Dolby Atmos! Dan bateri sebanyak 4000 mAh beserta sokongan Qualcomm QuickCharge 4.0+ menguatkan lagi kehebatan telefon bimbit pintar oleh Razer ini.

Foto: RAZER

Untuk makluman, harga Razer Phone 2 yang di jual di Amerika Syarikat adalah USD$ 799.99 atau RM 3277 wang Malaysia. Sememangnya harga yang hebat untuk telefon bimbit hebat ini. Agak-agak berapa pula harga telefon ini jika memasuki pasaran Malaysia, mungkin lebih kurang sama dengan harga di Amerika Syarikat.

Nantikan kemunculan Razer Phone 2 di Malaysia!