Tech, Gadget, Inovasi

LG Patenkan Telefon Boleh Berkembang Dari Pelbagai Sudut?

LG telah memfailkan paten terbaru telefon bimbitnya di United States Patent And Trademark Office (USPTO), ia merupakan rekaan yang di luar kotak dan merupakan idea yang menarik dengan memperlihatkan telefon boleh di kembangkan atau diluaskan dari pelbagai sudut.

Paten telefon berkenaan memperlihatkan, rekaan telefon yang berbentuk empat segi. Dan setiap segmen pada rekaan empat segi tersebut, mempunyai fungsi mengembang ke satu arah pada satu masa.

Foto: Lowyat.Net

Secara asasnya, idea ini menonjolkan telefon bimbit menjadi table dengan kaedah memperluaskan skrin telefon. Selain menampilkan idea kreatif dengan memperluaskan telefon bimbit sebegini, LG juga turut mengambil kira perubahan yang perlu di lakukan pada UI.

Foto: Technology Breaking News

Jika dilihat pada rekaan telefon bimbit ini, ia mempunyai empat penjuru dan setiap penjuru tersebut berkembang dan memperlihatkan transformasi unik telefon menjadi lebih lebar dan luas.

Jika dilihat rekaan yang telah dipatenkan oleh LG ini, ia bukanlah bermaksud dalam masa terdekat ini LG akan menghasilkan rekaan telefon seperti di dalam rekaannya itu. Mungkin selepas beberapa dekad, dan banyak rekaan yang menarik berada di pasaran, mungkin LG akan mengeluarkan rekaan seperti di dalam patennya itu.