Tech

PlayStation 4 Aplikasi Remote Play Kini Boleh Didapati Di iOS

Bagi yang sesiapa yang memiliki kedua-dua Sony PlayStation 4 (PS4) dan telefon bimbit Sony Xperia, pastinya anda biasa menggunakan PS4 Remote Play App bukan? Pada tahun lepas, aplikasi ini telah boleh digunakan pada komputer dan juga Mac. Kini, aplikasi ini juga boleh di dapati pada iOS.

Untuk permulaan bagi pengguna iOS, anda hanya perlu memuat turun PS4 Play App daripada Apple App Store. Kemudian perlu pastikan iPhone atau iPad anda beroperasi menggunakan prosessor dari iOS 12.1.

Foto: The Verge

Bukan sahaja iPhone dan iPad yang perlu anda update iOSnya. Malah, PS4 anda juga harus menggunakan OS versi terbaru. Jadi untuk menggunakan PS4 Remote Play App ini anda harus pastikan telefon serta PS4 menggunakan versi yang baru untuk memudahkan ia beroperasi.

Foto: Hack Informer

Penggunaan telefon bimbit iOS dengan PS4 tidaklah begitu serasi seperti mana penggunaan telefon Xperia dan PS4. Walaupun begitu, ianya tetap berfungsi dan beroperasi dengan baik, jadi sama ada anda memilik telefon Xperia atau iPhone ia tidak menghalang anda untuk menggunakan PS4 Remote Play Apps ni.

Foto: How To Geek

Untuk permulaan, anda hanya boleh menggunakan Remote Play ini pada PS4 sahaja. Anda tidak boleh menggunakan DualShock 4 buat masa sekarang.

Secara konklusifnya, Remote Play untuk bermain PS4 ini boleh digunakan pada komputer, Mac dan juga pengguna iOS yang lain. Oh ya, meskipun anda menggunakan telefon bimbit android, selain dari Xperia anda tidak akan boleh menggunakan PS4 Remote Play App ini melalui Google Play Store. Pelik tapi benar.