Tech, Gadget

Xiaomi Black Shark 2 Bakal Terjah Malaysia 1 April Ini

Bagi yang belum mengetahui tentang telefon Xiaomi Black Shark 2 ini, telefon ini sebenarnya telah di lancarkan di Beijing, China. Dan kini tiba masa model Black Shark 2 ini kunjung pasaran Malaysia pula.

Menurut petikan yang diambil daripada Lowyat.Net, Andy Foo merupakan eksklusif marketing dan sales syarikat Intelligent Earnings Sdn Bhd adalah sebahagian rakan kongsi syarikat Black Shark di Malaysia.

Foto: Hindustan Times

Apa yang di kongsikan oleh Andy adalah, telefon Black Shark 2 ini bakal dilancarkan pada 1 April 2019 ini. Dari perkongsian tersebut, Andy tidak menyatakan warna apakah yang bakal menghiasi pasaran Malaysia.

Namun, ia berkongsi sedikit tentang kapasiti yang di miliki oleh telefon unik ini, Black Shark 2 ini mempunyai empat jenis variasi RAM dan kapasiti storan dalaman. Dan ia juga memiliki tiga jenis warna yang berlainan.

Foto: Pocket Now

Black Shark 2 ini memiliki skirn telefon yang berkeluasan 6.39 inci dengan AMOLED display yang di sertakan fungsi fingerprint sensor. Dan ia juga memiliki kapasiti tenaga bateri sebanyak 4000mAh.

Foto: Phone Radar

Lagi dua minggu telefon ini bakal memasuki Malaysia, dan nantikan maklumat dari kami berkenaan spesifikasi, warna serta harga yang bakal di tayangkan oleh Xiaomi Black Shark 2 ini di outlet pilihan.

Sementara itu, anda juga boleh menyemak stor rasmi Black Shark iaitu Lazada dan Shopee, stor tersebut menjual original Black Shark di mana harganya juga berpatutan. Apa-apa pun nantikan 1 April 2019 ini di kalendar anda dan dapatkan maklumat Black Shark dengan lebih lanjut.