Featured, Gaming, Tech

PC Gamers VS Mobile Gamers Mana Satu Yang Lebih Baik?

Antara penggunaan PC dan Mobile, mana satu yang anda pilih untuk bermain game? Aspek pemilihan sebenarnya bukanlah satu paksaan, ianya bergantung kepada anda sendiri dan mengikut keselesaan masing-masing.

Peranan PC dan Mobile game mempunyai perbezaan dan peranan masing-masing. Nak tahu apa yang beza di antara PC dan Mobile gaming jom lihat di bawah!

Upgrading

Foto: Avira Blog

Bagi PC gamers, upgrading komputer bukan satu masalah kerana perisian dalaman mudah di cari dan harganya pula bergantung mengikut bajet anda serta pemilihan  speksifikasi jenis perisian yang anda ingin gunakan. Contoh, anda boleh upgrade RAM komputer 4GB RAM dan menggunakan GPU yang high-end untuk upgrade komputer anda dan sekaligus melancarkan prospek ketika bermain game di komputer!

Foto: Tech Radar

Bagi Mobile gamers, bermain game di telefon merupakan perkara normal. Tetapi bila telefon terlalu panas dan jem, anda tidak boleh tukar perisian RAM atau prosessor di dalam telefon bimbit!

Portabiliti

Foto: Pinterest

Bagi PC gamers, anda tak boleh nak bawa komputer ketika keluar dari rumah. Katakanlah anda terpaksa mengikuti camping bersama ahli keluarga selama tiga hari, selama itu lah anda tidak dapat bermain game di komputer anda!

Foto: Biz Vibe

Manakala bagi Mobile gamers pula, telefon bimbit merupakan alat yang mudah di bawa ke mana-mana sahaja. Jadi tiada masalah untuk Mobile gamers bermain game walaupun berada di luar rumah!

Charging

Foto: Notebook Check

Bagi PC gamers, masalah charging tak muncul di dalam kamus gaming mereka! Penggunaan komputer yang direct tanpa perlu cas ini, memberikan gamers kepuasan maksimum ketika bermain game di komputer mereka.

Foto: Android PIT

Berlainan pula dengan Mobile gamers ni, apabila sedang leka bermain game bateri telefon habis dan mengganggu momentum gaming pada ketika itu. Nak tak nak, anda terpaksa cas dahulu telefon sebelum menyambung semula permainan yang tergendala itu.

PUBG

Foto: NG News

Haa, apa pula kaitan PC gamer dan Mobile gamers dengan PUBG ni? Untuk pengetahuan anda, PC gamers terpaksa membeli game PUBG ini jika hendak bermain di komputer.

Foto: Quora

Manakala bagi Mobile gamers, mereka tidak perlu membeli game PUBG ni, mereka boleh memuat turun dari Google Play Store di dalam telefon secara percuma!

Pencuri

Foto: Time Traveller

Bagi PC gamers, bermain komputer di rumah lebih selamat dan selesa serta tidak perlu risau jika berlaku kecurian! Berlainan pula bagi Mobile gamers yang bermain game menggunakan telefon bimbit.

Foto: Consumer Reports

Telefon merupakan target item yang mudah bagi pencuri untuk pilih kerana jika sasaran mereka sedang leka bermain game tanpa memberi sebarang tumpuan di sekeliling, telefon tersebut dengan mudah di rampas oleh pencuri!

Iklan

Foto: Sword Art Online 2

Bagi PC gamers, mereka tidak perlu risau tentang iklan! Ya ini merupakan kelebihan bermain game menggunakan komputer. Kerana tiada gangguan iklan semasa bermain game.

Foto: Root Junky

Berlainan pula dengan Mobile gamers, iklan akan pop up secara tiba-tiba dan mengganggu gamers semasa bermain game.

Jadi bagaimana? Anda rasa di antara PC gamers dan Mobile gamers ni mana yang lebih baik? Bagi admin, masing-masing memiliki kelebihan serta kekurangan masing-masing. Asalkan bahagia cukup lah! #Gamers4Life.