Tech, Gadget

Harga Huawei Mate 20 X Di Turunkan Kepada RM2899!

Huawei Mate 20 X ini sebenarnya dijual pada harga RM3199 dan kini ia telah diturunkan kepada RM2899! Penurunan harga sebanyak RM300 dari harga sebenar telah dibuat oleh Huawei.

Telefon canggih ini memiliki skrin yang berkeluasan sebanyak 7.2 inci dengan Full HD+ display ini pastinya membuatkan peminat gajet geram dengan rekaan serta keluasan telefon bimbit ini.

Foto: Tech Barrista

Huawei Mate 20 X ini juga dikuasai dengan prosessor yang cukup kuat iaitu Kirin 980 serta memiliki 6GB RAM dan 128GB kapasiti storan simpanan. Malah, kapasiti bateri juga cukup banyak dengan 5000mAh (non-removable bateri).

Foto: Wiser

Dari segi aspek kamera pula, ia dikuasai dengan co-engineer oleh Leica dengan hasil triple fungsi kamera utama. Telefon ini juga memiliki GPU Turbo 2.0 yang mampu mengawal suhu perisian di dalam telefon bimbit agar tidak terlalu panas.

Foto: Lowyat.Net

Telefon bimbit Huawei Mate 20 X ini telah berada di pasaran, dan kini harganya pula telah turun. Masa yang sesuai bagi yang ingin mencari telefon baharu dengan bajet RM3K kebawah!

Jadi apa tunggu lagi, dapatkan telefon ini di outlet rasmi milik OPPO dan dapatkan hadiah Huawei Mate 20 X M-Pen dan Huawei Mate 20 X Flip secara percuma dengan setiap pembelian telefon Huawei Mate 20 X ini, selagi stok masih ada!