Tech, Gadget

Razer Phone 3 Akan Di Hasilkan Apabila Industri Mobile Gaming Stabil Dengan 5G

Razer merupakan salah satu nama besar di dalam industri mobile gaming. Syarikat yang mempunyai usahasama dengan Tencent ini mempunyai pandangan yang positif di dalam industri gaming ini.

Foto: The Drum

Dengan arus perkembangan teknologi yang menuju ke arah penggunaan network 5G ini, Razer pastinya tidak akan ketinggalan untuk menghasilkan Razer Phone 3 tetapi apa yang pasti, Razer mahu penggunaan network 5G ini berkembang dan dapat di terima pakai oleh semua orang.

Foto: Digital Trends

CEO Razer Min Liang Tan berkongsi sedikit maklumat bahawa, syarikat mereka mempunyai ramai kakitangan di dalam pasukan jurutera dan mampu menghasilkan telefon bimbit.

Foto: E week

Cuma buat masa ini, Razer lebih bersikap “wait-and-see” dan melihat sendiri keberkesanan jaringan 5G dan dalam masa yang sama syarikat elektronik ini juga bakal menghasilkan Razer Phone 3.

Foto: New Era Technology

Meskipun banyak syarikat yang telah menghasilkan telefon bimbit yang mempunyai kebolehan 5G. Teknologi jaringan ini masih belum di guna secara meluas. Selain itu, banyak lagi masalah lain yang industri mobile gaming hadapi dan penerimaan jaringan 5G ini juga merupakan salah satu darinya.

Apa yang boleh di katakan di sini adalah, Razer pasti akan keluarkan Razer Phone 3 selepas gelombang penggunaan jaringan 5G di gunakan secara meluas, barulah Razer akan tampilkan gajet terbaru darinya.

Sama-samalah kita nantikan berita baik dari Razer!