Tech, Gadget

Telefon Bimbit Sharp Patenkan Rekaan Telefon Bimbit Lipat?

Nampaknya tahun ini merupakan pencetus bagi pelbagai syarikat elektronik untuk menghasilkan telefon bimbit lipat. Dan hasil ciptaan telefon yang telah di pasarkan sememangnya memberi satu nafas baru di dalam dunia gajet ini.

Tetapi untuk menghasilkan telefon sebegini bukannya mudah, banyak syarikat-syarikat yang tampil dengan idea rekaan telefon lipat yang menarik dan kemudiannya di patenkan agar rekaan itu selamat dan akan di hasilkan di masa akan datang.

Foto: GSM Arena

Kaedah sebegini banyak di lakukan oleh kebanyakan syarikat elektronik dan Sharp salah satu darinya. Di katakan Sharp telah mempatenkan rekaan telefon bimbit lipatnya.

Sharp telah mempatenkan telefon bimbit lipatnya dan segala data serta maklumat tentang telefon ini di simpan di World Intellectual Property Organization (WIPO). Berdasarkan maklumat dari paten tersebut, ia telah di visualisasikan dan hasilnya telefon ini mempunyai fungsi lipat secara horizontal yang seakan-akan rekaan telefon lipat Motorola.

Foto: Gizmo China

Telefon ini memiliki dua bahagian panel, berdasarkan gambar yang di visualisasikan tersebut telefon ini tidak memiliki kamera selfie. Banyak yang kita tidak dapat selongkar tentang telefon bimbit lipat yang di patenkan oleh Sharp ini.

Mungkin tidak lama lagi Sharp akan memasuki pasaran gajet dengan rekaan telefon bimbit lipatnya dan ini tidak mustahil kerana Sharp merupakan salah satu syarikat penghasilan barangan elektronik yang terkemuka dan pastinya produk dari jenama ini setanding dengan produk-produk jenama dunia yang lain! Sama-sama kita nantikan kehadiran telefon daripada Sharp.