Featured, Tech

Jangan Jadikan Gurauan ‘April Fools’ Sebagai Pentas Diskriminasi

Hari ini merupakan permulaan bagi bulan April dan pastinya masyarakat juga sangat sinonim dengan fenomena ‘April Fools’ yang saban tahun semakin menjadi-jadi. Malah fenomena ini di jadikan platform bagi segelintir masyarakat yang menjadikan gurau yang berbaur diskriminasi bagi meluahkan ketidakpuasan hati.

Foto: Evening Standard

Di laman sosial media Twitter, pelbagai kenyataan telah dibuat dan di kongsikan bersama agar masyarakat tidak membuat sebarang mesej gurauan yang berbaur isu sensitif dan ramai juga yang memberikan nasihat supaya tidak menjadikan fenomena ‘April fools’ sebagai senjata bagi menyakiti individu atau kumpulan lain.

Bagi yang berfikiran jauh dan tahu menilai baik buruk, segala bentuk perkataan yang di luahkan haruslah bersifat positif. Ingat kerana kata-kata yang anda kongsikan itu, ia mungkin senjata berbisa kepada orang lain.

Bergurau-bergurau juga, tetapi ingat ada batas yang perlu anda lihat dari aspek lain.

Manusia bukan makhluk yang sempurna, banyak salah silapnya. Tetapi bagi mereka yang sedar akan kesalahan yang dilakukan dan cuba memperbaikinya adalah sebaik-baiknya.

Oleh itu, jadilah insan yang berakhlak dengan nilai moral yang tinggi dan tidak mudah mengikut trend-trend yang tidak sihat ini. Serta jangan jadikan sosial media serta isu seperti ‘April Fools’ ini menjadi pentas diskriminasi tetapikan ia hari yang baik dengan menyebarkan sesuatu yang positif kepada masyarakat!