Featured, Tech

Vlogger Bereksperimen Pura-Pura Mewah Di Instagram Dengan Mengedit Foto?

Instagram merupakan platform sosial media yang saban hari semakin di popular di gunakan. Ia juga merupakan pentas bagi ‘drama-drama’ kehidupan bagi si penggunanya. Cuma berapa ramai yang benar-benar tampil berkongsi akan realiti kehidupan yang di kongsikan bersama pengikut mereka di sosial media tersebut?

Foto: Engadget

Bayangkan foto yang di kongsikan bersama di Instagram hanyalah drama khayalan semata dan di reka semata-mata untuk mendapatkanlikes’ dan perhatian ramai. Dan ianya bukan sekadar hipotesis semata, ia merupakan fenomena benar dan semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat.

Foto: Sprout Social

Jom ikuti eksperimen yang dijalankan oleh seorang Vlogger di London yang bernama Byron Denton. Denton yang berusia 19 tahun ini melakukan eksperimen dengan mengedit foto-foto ‘mewahnya’.

Foto: Twitter Byron Denton

Kaedah yang dipilih oleh Denton ini sememangnya menarik dan tidak mengeluarkan kos! Denton mengambil inspirasi daripada seorang YouTuber yang bernama George Mason yang telah berpura-pura bercuti di tempat-tempat yang mewah selama seminggu di awal tahun dan kemudian menguploadkan foto-foto tersebut di Instagramnya.

Denton berpendapat dari berpura-pura pergi ketempat-tempat yang mahal dan mewah serta memiliki barang yang mahal. Denton memilih pendekatan yang berbeza iaitu dengan mengedit foto-fotonya.

Foto: Instagram Byron Denton (Foto yang telah di edit dan mendapat ribuan likes dari pengikutnya di Instagram!)

Menariknya, selepas mengedit foto dirinya yang sedang duduk di sofa di rumah menjadi sofa mewah di dalam jet peribadi! Dan Denton berkongsikan gambar edit tersebut di Instagram dan dalam masa beberapa saat sahaja, Denton mendapat beribu-ribu like!

Foto: Insider (Tetapi di sebalik foto yang kelihatan mewah tersebut adalah sofa berwarna hijau)

Denton juga mengedit pakaian yang dipakainya di dalam foto yang di kongsikan, dan pelbagai komen menterjah ruangan komen Denton di Instagram tentang gaya hidup, apa pekerjaan yang dilakukan dan bagaimana kehidupannya boleh berubah dengan mendadak.

Foto: Instagram Byron Denton (Yang kelihatan baru sahaja membeli-belah barangan mewah)

Kesemua ini Denton lakukan dengan hanya memanipulasi foto yang di kongsikan di laman Instagramnya! Dan siapa sangka untuk menghasilkan foto yang realistik sebegini memerlukan aplikasi serta software yang banyak!

Foto: Hangat Teknologi

Ya, Denton menggunakan pelbagai aplikasi bagi menyempurnakan eksperimennya itu seperti FaceTune, PicsArt dan Adobe Photoshop Lightroom. Sebenarnya ada banyak lagi aplikasi lain tetapi ini adalah apa yang Denton telah gunakan dan hasilnya cukup gempak.

Foto: Missy on Madison

Dari eksperimen dengan berpura-pura mewah di Instagram, Denton mendapat puluhan pengikut serta beribu like. Hasil memanipulasi foto ini telah mencipta pelbagai fantasi di minda pengguna media sosial lain, tetapi sayang ianya palsu dan realitinya jauh berbeza.

Apa yang admin cuba sampaikan di sini adalah, kongsikanlah foto diri anda yang sebenar tanpa sebarang ‘drama tersembunyi’ semata-mata untuk mendapatkan like yang banyak.

Foto: Flickr

Jika anda berpaksikan gaya hidup seperti ini, pastinya di kemudian hari, anda sendiri akan berasa lelah dengan apa yang anda lakukan. Jadilah diri sendiri dan berkongsi foto-foto yang menggambarkan diri sebenar anda dan bukannya ilusi khayalan.

Jangan kerana ingin mendapatkan like yang banyak, anda ‘menyusahkan serta menyesakkan’ diri anda sendiri. “Be yourself and be brave to embrace yourself”.