Internet, Aplikasi, Berita

Sebanyak 546% Tweet K-Content Berkembang Secara Meluas Di Twitter

Twitter merupakan tempat berkumpulnya penggemar-penggemar fanatik dunia yang terdiri daripada K-Pop, K-Drama, K-Movies, hingga ke webtoon dan banyak lagi. Setelah berkembang dengan pesat di rantau Asia, K-Content kini berada di peringkat global dengan negara-negara di Eropah, Amerika Utara dan juga Peru menjadi antara 20 negara teratas yang paling banyak tweet tentang K-Content setakat tahun ini. Merujuk sumber data Twitter, bilangan Tweet tentang K-Content telah meningkat sebanyak 546% sepanjangan 10 tahun lalu yang hanya menceritakan mengenai K-Content.

Menurut YeonJeong Kim, Ketua Global Perkongsian K-Pop & K-Content di Twitter,

“Komuniti K-Pop di Twitter sungguh bersemangat dan kami kini melihat budaya fandom yang kuat itu terus berkembang, termasuk dengan pelbagai K-Content. Peminat dari seluruh dunia menerajui globalisasi K-Content dengan menyertai perbualan berkaitan di Twitter dalam masa nyata. Di mana sahaja anda berada, apa sahaja yang anda tonton, orang ramai boleh bercakap mengenainya di Twitter.”

 

Malaysia merupakan negara yang berada di kedudukan ke-7 di dunia  dalam senarai paling banyak Tweet mengenai K-Content dalam menyertai perbualan berkaitan K-Content di seluruh dunia. Sebagai contoh, di Malaysia, “Snowdrop” merupakan K-Drama yang paling banyak di Tweet pada tahun ini, diikuti dengan “Twenty Five Twenty One” serta “Business Proposal” di tempat kedua dan ketiga.

 

Persilangan aktiviti bintang K-Pop turut mendorong minat masyarakat dunia kepada K-Content. Sebagai contoh, kemunculan bintang K-Pop Kim Se-Jeong dalam K-Drama “Business Proposal”, Lee Jun-Ho dalam K-Drama “The Red Sleeve”, Lee Ji-Eun (IU) dalam filem “Broker”, dan Ok Taec-Yeon dalam filem “Hansan: Rising Dragon” menyumbang kepada lonjakan Tweet dalam kalangan peminat di seluruh dunia. K-Drama bertajuk “Our Beloved Summer” merekodkan Tweet paling banyak pada hari original soundtrack dari BTS, V bertajuk “Christmas Tree” dikeluarkan. Manakala K-Drama berdasarkan webtoon seperti “All of Us Are Dead” dan “Our Beloved Summer” membawa kepada perbualan tentang kedua-dua drama dan kandungan webtoon asalnya.

 

Di peringkat global, K-Movie yang paling banyak di Tweet setakat tahun ini ialah “Broker”. Filem itu menarik perhatian dengan pelakon Song Kang-Ho, pemegang anugerah pelakon lelaki terbaik di Festival Filem Cannes. K-Movie seperti “HUNT” dan “The Witch: Part2. The Other One” ialah K-Movie yang kedua dan ketiga paling banyak di Tweet di dunia.

Twitter adalah apa yang sedang terjadi dan apa yang sedang hangat dibicarakan orang ramai pada ketika ini. Untuk maklumat lanjut, layari about.twitter.com dan ikuti @Twitter. Jom berbual.