Aplikasi, Gadget, Telefon, Telefon Pintar

Apple Melancarkan Siri Iphone 14 , Jom Semak Harga! Adakah Berbaloi?

Para penggemar Apple akhirnya dapat menarik nafas lega kerana semalam Apple secara rasminya telah melancarkan siri iPhone 14. Dan bukan itu sahaja, Apple juga mengeluarkan peranti terhebat dan terbaru mereka iaitu iPhone 4, iPhone 14 Plus , iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Dapat dilihat bahawa Apple masih meneruskan trend yang sama iaitu mengeluarkan model iPhone secara serentak. Apple mengumumkan bahawa pasaran Malaysia akan boleh membuat tempahan awal mulai 16 September dan membelinya dari 23 September 2022.

Via Apple

Dari segi paparan skrin pada iPhone 14 dan14 Pro masih mengekalkan ukuran 6.1-inci manakala iPhone 14 Plus dan Pro Max kekal sama, 6.7-inci. Paparan Super Retina XDR bersama teknologi ProMotion 120hz dikenakan di bahagian hadapan. Kadar penyegaran masih kekal 60Hz. Kaca ‘Ceramic Shield’ yang sangat teguh, melapisi bahagian luar skrin.

Namun, pada paparan OLED dengan resolusi serupa dengan model bukan Pro digunakan pada iPhone 14 Pro dan Pro Max. Pembaharuan dapat dilihat pada tahap kecerahan iPhone iaitu lebih tinggi sehingga 1,000 nits kecerahan biasa serta boleh mencapai 2,000 nits apabila berada di luar bangunan. Di samping itu, iPhone baru ini akhirnya menyokong paparan sentiasa hidup, atau nama popularnya ‘Always On Display’ (AOD).

Dynamic Island Pengganti Takuk

Perbezaan pada iPhone Pro ialah tiada lagi takuk pada dahi skrin kerana ia ditukar dengan dua lubang, satu bulat dan satu lagi berebntuk bujur. dengar macam aneh tapi tapi apabila diteliti semula, anda akan melihat perbezaan tersebut. Tambahan, Apple telah update kepada iOS 16 dalam meningkatkan pembaharuan pada dua lubang baru pada dahi skrin dengan memperkenalkan ‘Dynamic Island’ dengan menjadikan aplikasi sebagai menutup kelemahan pada lubang dan menjadikan ia sebagia fungsi aplikasi.

 

Via Apple

Dua Ciri Serba Baharu

Kita lihat pada Iphone 14 membuat pembaharuan peranti iaitu pengesanan kemalangan atau ‘Crash Detection’  yang berfungsi sebagai bantuan yang membantu pengguna untuk menghubungi bantuan kepada kenalan rapat apabila sebarangan kemalangan berlaku. Ciri ini akan dilihat pada giroskop berjulat dinamik tinggi bersama sensor pemucut g-tinggi. Secara tidak langsung ia akan mengesan pergerakan yang berubah dan terus akan menghubungi bantuan dan juga paparan lokasi.

Via Apple

Bukan itu sahaja, iPhone 14 juga boleh berhubung dengan fungsian SOS Satelit. Peranti ini akan memberi mesej bantuan yang dihantar kepada pihak berkuasa menerusi satelit di langit . Misalnya jika terperangkap di tengah hutan atau puncak gunung dan tiada liputan rangkain , bantuan boleh dihantar secara sambungan sartelit. Namun, ia terhad kepada mesej bantuan SOS sahaja, tiada panggilan atau internet.

Kamera 48MP + 12MP + 12MP + 12MP Pada 14 Pro dan Pro Max

Apple juga menaik taraf resolusi kamera iPhone 14 Pro dan Pro Max kepada 48MP, setelah sekian lama menggunakan kamera 12MP di belakang. Kamera 48MP ini adalah kamera utama, dengan apertur f/1.78 serta penstabil imej optikal ‘sensor shift’ generasi kedua.

 

Via Apple

Dua lagi kamera belakang masih kekal dengan resolusi 12MP iaitu kamera ultra lebar f2.2 dan kamera telefoto f/1.78 dengan keupayaan zum optikal 2x.

Prestasi Terhebat Di Telefon Pintar

Kini iPhone 14 Pro dan Pro Max mempunyai kuasa cip Apple A16 Bionic. Manakala, prestasi di iPhone 14 dikatakan meningkat, walaupun sebenarnya ia masih menggunakan cip A15 Bionic yang serupa dengan iPhone 13. iPhone 14 Pro mampu memainkan video sehingga 23 jam manakala di Pro Max, sehingga 29 jam. Kedua-duanya menyokong pengecasan berwayar 20W dan pengecas wayarles Qi dan MagSafe. Tetapi semua pengecas dijual berasingan, termasuk kepala pengecas berwayar.

Terdapat lima warna disediakan untuk iPhone 14 dan iPhone 14 Plus iaitu biru, ungu, hitam, putih dan merah. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk iPhone 14.

Via Apple

Manakala, bagi pilihan warna, Apple memperkenal satu warna baharu untuk iPhone 14 Pro dan Pro Max iaitu warna ungu. Tiga lagi warna pilihan lain adalah ungu gelap, emas, perak dan hitam.

Bersama pengumuman tarikh jualan, Apple Malaysia turut mula menyenaraikan harga untuk semua model barui iPhone 14 dan iPhone 14 Pro. Tetapi ia agak mengecewakan kerana harga jualan di Amerika Syarikat tidak berubah, masih sama seperti iPhone 13 ketika dilancarkan tahun lepas. Manakala di Malaysia, harganya naik agak banyak.

Berikut adalah harga siri iPhone 14 di Malaysia:

iPhone 14

128GB – RM4,199
256GB – RM4,699
512GB – RM5,699

iPhone 14 Plus

128GB – RM4,699
256GB – RM5,199
512GB – RM6,199

iPhone 14 Pro

128GB – RM5,299
256GB – RM5,799
512GB – RM6,799
1TB – RM7,799

iPhone 14 Pro Max

128GB – RM5,799
256GB – RM6,299
512GB – RM7,299
1TB – RM8,299

 

Tetapi seperti biasa, pengguna iPhone di Malaysia selalunya tidak kisah pun berapa harga kerana fungsi canggih di iPhone cukup berbaloi. Adakah anda berpendapat demikian juga?